Penyelenggaraan Peralatan ICT:- Bagi skolah-sekolah yang belum lagi mengembalikan dokumen-dokumen untuk penyelenggaraan kepada syarikat, mohon menyegerakan pengembalian dokumen tersebut supaya proses pengeluaran LO dapat dilaksanakan.
Ancaman Malware/Virus RANSOME MALWARE
Ransomware adalah sejenis malware atau virus berbahaya yang menyerang komputer dan menyekat akses kepada sistem/komputer sehingga bayaran tertentu dibuat kepada pencipta virus untuk membuka sekatan. Aplikasi berbahaya ini cuba memaksa mangsa membayar wang tebusan dengan mengeluarkan mesej pop-up di atas skrin komputer.
Mesej pop-up ini menyatakan komputer pengguna sudah dikunci dan semua fail di dalamnya dienkrip sebelum meminta wang tebusan dibayar bagi memulihkan semula akses ke komputer mereka.